Selangor gembira swasta bantu wujudkan hab digital

Selangor gembira dengan usaha sektor swasta membangunkan pusat sehenti e-dagang pertama (EM Hab) di Malaysia di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, langkah itu akan menyediakan Selangor untuk menjadi pemain serantau di Asia Tenggara selaku negeri pintar menjelang 2035.

“Pusat sehenti EM Hab itu dijangka siap pada 2022 sekali gus menjadikannya sebagai pusat perdagangan atas talian pertama dibangunkan di Selangor.

“Kerajaan negeri berbesar hati kerana memilih Selangor sebagai lokasi projek pertama mereka membangunkan hab e-dagang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Anugerah Hab E-Dagang oleh Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) kepada pemaju, Scland Group, di Shah Alam.

Amirudin turut menyarankan perniagaan tradisional agar memanfaatkan hab berkenaan untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

“Dengan syarat mereka ini diberi bantuan dan arahan diperlukan untuk membuat peralihan ke dalam perniagaan digital,” katanya.

Kewujudan EM Hab ini selaras dengan Digital Native Agenda 23 (DNA23) yang dibentangkan Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim pada Mac lalu.

DNA23 adalah gagasan Anwar untuk memastikan rakyat terbanyak mengasimilasikan teknologi digital bagi mendepani cabaran hidup pada masa akan datang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73356

Posted by on Apr 23 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE