Selangor kemaskini penerima Skim Peduli Sihat

Selangor akan mengemaskini senarai penerima Skim Peduli Sihat (SPS) bermula 1 Mei depan selepas dua tahun ia dilaksanakan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses itu dilakukan bagi memastikan Kad Peduli Sihat dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.

Katanya, pengemaskinian itu dibuat menerusi semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sistem e-Kasih Selgate dalam tempoh sebulan.

“Keutamaan bagi penerima yang baru adalah kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah.

“Selain itu, dalam tempoh pengemaskinian, semua operasi rawatan di panel klinik akan diberhentikan bagi membantu melancarkan urusan,” katanya memetik laporan SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi Jelajah Maju Bersama Menteri Besar Selangor di Dewan Raja Lumu, Kuala Selangor.

Katanya lagi, pemegang Kad Peduli Sihat belum menerima Bantuan Sara Hidup mahupun e-Kasih dinasihatkan mendaftar segera bagi memastikan Skim Peduli Sihat 2019 terus dinikmati.

Sehingga kini, seramai 390,524 rakyat Selangor menikmati kemudahan rawatan kad Peduli Sihat yang menawarkan rawatan asas di klinik serta pembiayaan sebanyak RM200 dan RM700 setahun bagi individu dan keluarga.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73377

Posted by on Apr 26 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE