Selangor mahu jadi negeri mesra wanita, OKU

Kerajaan Selangor yang ditadbir KEADILAN berhasrat menjadikan negeri itu lebih mesra dan sesuai didiami wanita, kanak-kanak serta orang kelainan upaya (OKU).

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata hasrat itu akan direalisasikan menerusi pembinaan infrastruktur, kemudahan rekreasi, kebersihan dan kestabilan keselamatan yang mesra golongan tersebut.

“Kerajaan negeri akan berusaha memastikan pelaksanaannya dicapai secara holistik supaya kesejahteraan sosial dapat dinikmati semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Selangor 2018, di Pusat Konvensyen Setia City, di Shah Alam, lapor SelangorKini.

Mengulas lanjut, katanya, jenayah terhadap wanita masih lagi tinggi di negara ini, sekali gus memberi kesan terhadap pergerakan wanita.

Katanya, kaji selidik dilakukan Institut Wanita Berdaya di kalangan kaum hawa di Selangor mendapati 54.9 peratus daripada mereka berasa tidak selamat  di jalanan, sementara 15 peratus mengatakan sangat tidak selamat.

Manakala 57.6 peratus pula berasa tidak selamat di ruang awam, katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72490

Posted by on Oct 30 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE