Selangor mampu jadi pusat keilmuan Islam Asia Tenggara

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yakin Selangor boleh menjadi pusat keilmuan Islam nusantara di Asia Tenggara seperti dilakukan Universiti Al-Azhar di Timur Tengah.

Mengambil contoh Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) katanya, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan mampu berkembang menjadi pusat rujukan Islam pada masa hadapan.

“Budaya keilmuan itu harus dibentuk dan dikembangkan sama ada persidangan mahupun ketokohan ilmuan yang ada di KUIS.

“Selain itu, terdapat beberapa universiti di berhampiran kita termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang saya percaya akan menjadi satu jaringan kuat pada insititusi pengajian Islam di Selangor.

“Kita juga ada EXCO Pendidikan dan Islam dengan kedua-duanya harus bergandingan melihat institusi ini diperkasakan,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 (PAnTUMN2019) Ke-3, di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, semalam.

Sebelum itu, Amirudin dalam ucapannya turut menyeru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar terus menterjemahkan karya tokoh ilmuan Islam ke dalam bahasa Melayu.

Menurutnya, JAIS boleh mempertimbang untuk menterjemahkan hasil karya Ibn Hajar Al-Asqalanu atau Syarah Sahih Muslim oleh An-Nawawi.

“Saya baharu pulang dari Mesir dan sempat merasai kehangatan ilmu yang dibincang serta diperdebatkan di Ruwaq Jawi, Universiti Al-Azhar.

“Usaha mereka meneroka, menterjemah dan membongkar kitab turath wajar dipuji,” katanya dalam ucapan.

Turut hadir pada majlis sama semalam adalah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohammed Khusrin Munawi; Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad dan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr Ab Halim Tamuri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74176

Posted by on Oct 23 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE