Selangor perlu air terawat, bukan Langat 2 – Exco

(Oleh Sidiqin Omar)

SHAH ALAM 23 Julai: Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, Selangor memerlukan air terawat, bukannya Empangan Langat 2 yang menelan belanja RM8.65 bilion.

“Air dah cukup banyak. Sekarang ini, tak perlu buat apa-apa pun, tak apa. Tak perlu risau. Sebagai contoh, sudah setahun air dari Empangan Langat tak digunakan. Pakai air dari sungai Langat pun dah cukup. Tak payah pakai air empangan.

“(Lagipun) Selangor banyak sumber air. Ini tak termasuk sumber air bawah tanah dan sebagainya. Yang diperlukan kini ialah air terawat,” katanya kepada pemberita di hadapan Wisma Rozali selepas himpunan Anti-Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), hari ini.

Ronnie berkata, kerajaan Selangor telah menyediakan suntikan dana bagi pelan migitasi berjumlah RM200 juta untuk menaiktaraf loji dan merawat air.

“Tapi, selagi (Tan Sri) Rozali (Ismail) tak letak jawatan, kita tak boleh buat suntikan. Kita bimbang, bila kerajaan negeri masukkan duit, Rozali yang kawal,” jelas beliau.

Menurut Ronnie, dengan pelan tersebut, Selangor mampu menambah kapasiti bekalan air sebanyak 615 juta meter padu menjelang 2015.

“Sekarang susah…Kena pecat Rozali (dulu). Majoriti empangan di Selangor di bawah (kendalian) Puncak Niaga.

“Tapi kerajaan negeri akan adakan pemantau, yang akan masuk periksa loji dan empangan. (Yang) ini, dia (Puncak Niaga) tak boleh halang,” tegas Ronnie.

Beliau tidak menolak kemungkinan rancangan membina Empangan Langat 2 adalah salah satu cara Kerajaan Pusat untuk memberi dana politik kepada kroni BN menggunakan wang rakyat.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33204

Posted by on Jul 23 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE