Selangor tak gentar gandingan pembangkang di Semenyih

Kesepakatan Pakatan Harapan di Selangor menguatkan keyakinan gabungan itu untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pada 2 Mac ini.

Menteri Besar Amirudin Shari yakin jentera parti yang kuat juga akan menyumbang kepada kemenangan di kawasan itu.

Ditanya mengenai kerjasama PAS dan UMNO di PRK Semenyih, Amirudin yang juga pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor berkata kerjasama itu telah berlaku sejak PRK Sungai Kandis namun ia tidak sedikit pun menggentarkan Harapan.

“Ada ceramah-ceramah pimpinan PAS di Sungai Kandis, Seri Setia dan kita dapat hadapi, malahan di Balakong PAS membantu kempen MCA.

“Namun, saya yakin kalau kita bersatu padu dan muafakat, rakyat akan terus beri mandat yang telah kita perolehi sebelum ini,” katanya lapor Bernama.

PRK Semenyih diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Ia adalah PRK keempat di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, Selangor menghadapi tiga PRK iaitu di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72899

Posted by on Feb 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE