Selangor tempatkan semula penduduk terpinggir akibat perobohan rumah

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan kerajaan negeri akan menempatkan dua buah keluarga yang terlibat dalam perobohan beberapa rumah dan kedai di perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, Selangor, hari ini di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara.

Menurutnya, keputusan itu dibuat hasil daripada perbincangan di antara kerajaan negeri dengan syarikat Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB).

“Saya juga meminta Pegawai Daerah Petaling untuk bekerjasama dengan PHSSB bagi menguruskan perpindahan kedua-dua keluarga ini ke kediaman yang ditawarkan dengan segera.

“Untuk maksud itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membiayai kos sewa unit-unit kediaman tersebut bagi tempoh enam bulan sebelum unit-unit ini ditawarkan kepada dua keluarga berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Pagi tadi, seramai sembilan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan selepas memprotes perobohan tiga rumah dan dua kedai dirobohkan dalam tindakan penguatkuasaan oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).

Rumah dan kedai tersebut sebelum ini didiami bekas ahli jawatankuasa Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, dan tindakan merobohkannya dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Usaha ini selaras dengan dasar kerajaan negeri yang peduli rakyat dan tuntas membela kebajikan rakyat.

“Kerajaan negeri berharap kedua-dua keluarga yang terlibat mendapat kediaman yang selesa dan kondusif untuk kehidupan yang lebih sempurna,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70604

Posted by on Oct 4 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE