Selangor terus bantu masjid ketika Ramadan

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus menyalurkan sumbangan moreh kepada masjid dan surau kariah yang mempunyai kebenaran untuk melaksanakan solat Jumaat.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, nilai sumbangan itu adalah RM1250 untuk masjid dan RM1000 untuk surau solat Jumaat serta surau kariah.

“Pemberian moreh tahun ini akan menumpukan kepada masjid dan surau yang kurang mempunyai pendapatan disebabkan oleh kekurangan peruntukan jabatan untuk diagihkan pada 2019,” katanya.

Menurutnya, JAIS akan meneliti kedudukan kewangan masjid dan surau menerusi laporan tahunan yang dihantar kepada JAIS.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin mengenai bantuan sempena Ramadan tahun ini.

Amirudin berkata, tahun ini juga semua bantuan akan disampaikan di setiap daerah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terlibat diminta untuk hadir bersama.

“Dari segi nilai bantuan, ia masih sama seperti tahun sebelumnya cuma untuk tahun ini cara penyaluran kita buat mengikut daerah.

“Saya minta semua ADUN terlibat untuk sama-sama hadir pada majlis penyerahan bantuan yang akan kita adakan nanti,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73164

Posted by on Mar 25 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE