Selangor terus perkasa kebajikan orang India

Selangor bertekad untuk terus memelihara kebajikan seluruh rakyat termasuklah rakyat berketurunan India.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam perutusan Deepavali berkata Selangor sendiri akan terus melaksanakan program-program dengan masyarakat India sebagai fokus utamanya.

“Sekian lama kita berjuang, janganlah pula kilauan kekuasaan mengelabui mata kita kerana mandat diperolehi pada pilihan raya umum itu adalah tanggungjawab besar kepada pentadbiran negeri.

“Makanya saya berikrar kerajaan negeri akan sentiasa berusaha memastikan kebajikan serta kemaslahatan seluruh masyarakat termasuk masyarakat India dijamin dan dibela.

“Bertunjangkan cita-cita Maju Bersama, Kerajaan Negeri akan menggarap program pemerkasaan masyarakat India supaya mereka dapat bersama menikmati kemakmuran negeri ini,” katanya.

Amirudin juga percaya bahawa Selangor mampu menjadi tempat berpayung semua orang tanpa mengira fahaman atau kepercayaan mereka.

“Oleh kerana itu, Selangor sentiasa dijuluki negeri emas Malaysia, bukan sahaja kerana kemajuan fizikalnya tetapi sebagai negeri aman tenteram tempat rakyatnya berteduh mencari rezeki,” katanya.

Deepavali di Malaysia jatuh pada esok 6 November.

Ia merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu, Sikh dan Jain bagi meraikan kemenangan kebaikan dalam menentang kejahatan dan kemenangan cahaya ke atas kegelapan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72506

Posted by on Nov 5 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE