Selangor umum bonus kakitangan awam

SHAH ALAM 9 Nov: Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam termasuk kakitangan kerajaan tempatan dengan pemberian minima serendah RM500.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertema Hasil Negeri Untuk Rakyat, hari ini.

“Bagi meringankan beban sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang dan tangga gaji yang tidak seimbang, saya juga ingin mengumumkan bonus sebayak setengah bulan gaji dengan pemberian minima sebanyak RM500 kepada seluruh kakitangan awam di negeri Selangor, termasuk kakitangan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Khalid dalam pada itu berkata, kerajaan negeri juga akan menambah baik kualiti perkhidmatan kerajaan melalui peruntukan latihan sebanyak RM500 juta.

“Ini tidak termasuk semua kemudahan teknologi yang ditingkatkan serta perbelanjaan mengurus dan penyelidikan,” jelasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22732

Posted by on Nov 9 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google