Selangor yakin tarik masuk pelaburan melangkaui RM10 bilion

Selangor optimis mampu mencatatkan nilai pelaburan melepasi RM10 bilion apabila separuh pertama tahun ini mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM5.97 bilion.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, Teng Chang Khim berkata nilai itu direkod melalui 132 projek perkilangan yang diluluskan Selangor.

“Nilai pelaburan dicatat ini adalah projek perkilangan yang diluluskan bagi tempoh setengah tahun 2019 jika dibandingkan dengan nilai pelaburan dicatat bagi tempoh sepanjang 2018.

“Kerajaan negeri yakin nilai pelaburan berjumlah dua digit akan mampu dicapai pada akhir 2019, berdasarkan beberapa cadangan projek lagi yang diterima dan masih belum dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalakan 2020 di Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

Pada tahun lalu, sebanyak 241 projek perkilangan diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM18.95 bilion.

Menurut Teng, berdasarkan soal selidik dilakukan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), sebanyak 90 peratus daripada bilangan projek yang diluluskan pada 2018 sudah dilaksanakan.

“Secara dasarnya, mana-mana cadangan projek yang lulus perlu mendapatkan surat kelulusan penempatan projek di Selangor dalam tempoh enam bulan daripada tarikh projek berkenaan diluluskan MIDA.

“Selain itu, sebanyak 241 projek perkilangan yang diluluskan MIDA di Selangor pada 2018 adalah projek perkilangan membabitkan 138 projek baharu dan sebanyak 103 projek adalah pengembangan atau penambahan pelaburan sedia ada,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74249

Posted by on Nov 6 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE