Selepas jumpa PAS, Arul Kanda dijemput bertemu HARAPAN

KUALA LUMPUR 8 OGOS: KEADILAN menggesa Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat sarat hutang negara 1 Malaysia Development Berhad(1MDB), Arul Kanda Kandasamy agar hadir ke Parlimen bagi menjelaskan semua persoalan berkaitan 1MDB.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah membuat pelawaan itu kepada Arul selepas orang penting 1MDB itu sanggup bertemu pimpinan utama PAS hujung minggu lalu untuk memberi penjelasan.

“Kita wakil rakyat ingin dengar kenapa Malaysia disiasat di seluruh dunia akibat 1MDB. Kenapa nama kita sampai terpalit sebegitu jelik sehingga orang katakan inilah negara di mana kerajaannya merompak

“Demi untuk membersihkan nama baik Malaysia, saya minta dan desak Arul Kanda beri penjelasan kepada setiap seorang ahli Dewan Rakyat tanpa rasa takut,” katanya.

Sebelum itu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, sekiranya Arul boleh memberikan taklimat berhubung 1MDB kepada Jawatankuasa PAS, sudah pasti beliau boleh memberi peluang sama kepada Pakatan Harapan.

“Saya bagi pihak HARAPAN minta sekali lagi satu sesi supaya Arul Kanda boleh datang untuk memberi taklimat dan penjelasan serta jawab semua soalan-soalan yang pimpinan HARAPAN ingin tanya bagi pihak rakyat Malaysia

“Bagi saya dan pimpinan HARAPAN termasuk Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir terdapat banyak soalan yng ingin kita nak tanya misalnya bayaran yang ingin dibayar kepada IPIC,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

7 Ogos lalu Arul Kanda dilaporkan bertemu Jawatankuasa PAS dan memberikan penerangan mengenai kemelut yang dihadapi 1MDB, terutamanya berkaitan pelan melangsaikan hutang mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70346

Posted by on Aug 8 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE