Selepas Sudan dan Afghanistan, Dr Streram mahu berbakti di Rantau

Calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Rantau, Dr Streram Sinnasamy wajar diberikan peluang menjadi wakil rakyat kerana sikapnya yang tidak gentar berbakti kepada orang ramai sejak mul menjadi doktor lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut presiden KEADILAN itu, Dr Streram juga berani mempertahankan hak beliau yang sebelum ini dinafikan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

“Hak Streram dinafikan dan dia dizalimi. Dia jadi mangsa kezaliman dan penipuan. Tapi saya tetap pilih dia sebab apa?

“Dan kita tengok sejarah, dia India, beragama Hindu tetapi dia sukarela pergi ke Afghanistan untuk tolong orang Islam yang luka parah.

“Dia pergi Syria, tempat orang luka parah untuk jadi sukarelawan. Dia doktor perubatan untuk tolong orang susah, orang Islam yang susah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRK N27 Rantau, di Mambau, Negeri Sembilan, semalam

Streram merupakan pakar bius di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan.

Beliau pernah berkhidmat dalam program Doctors Without Borders di Sudan, Hong Kong dan Afghanistan.

Timbalan ketua cabang KEADILAN Rembau itu sepatutnya bertanding di situ pada PRU 14, tetapi dihalang menghantar borang pencalonan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia menyebabkan pemangku presiden Umno Mohamad Hassan menang tanpa bertanding.

Pada Nov lalu Mahkamah Khas Pilihan Raya kemudian mengisytiharkan kemenangan itu tidak sah dan terbatal, serta mengarahkan pilihan raya semula diadakan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73114

Posted by on Mar 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE