Senator AS: Anwar perlu dibebaskan

(Oleh Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 3 OGOS: Dalam satu surat kepada Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Senator Benjamin L.Cardin dan John McChain melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum membebaskan Ketua Pembangkang, Saudara Anwar Ibrahim.

Kata mereka, pemenjaraan Anwar adalah bermotifkan politik dan bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Gambar Anwar di mahkamah sebelum ini

Gambar Anwar di mahkamah sebelum ini

“Anwar menyokong kepelbagaian kaum, agama, demokrasi dan suaranya penting dalam agenda Muslim untuk keamanan.

“Walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa pemenjaraan Anwar adalah salah, menafikan perbicaraan yang adil dan dipenjarakan semata-mata atas sebab poltik, tapi Najib berulang kali menolak untuk membebaskannya.

“Dengan keadaan kesihatan beliau, pembebasan Anwar adalah satu langkah penting dalam mengesahkan kedaulatan undang-undang dan menyakinkan masyarakat antarabangsa mengenai komitmen Malaysia dalam hak asasi manusia,” katanya.

Mereka turut mengecam tindakan Najib yang mahu melaksanakan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan dirinya berkuasa penuh ke atas isu-isu politk dan keselamatan negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69534

Posted by on Aug 3 2016. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE