Separuh daripada Belanjawan Selangor untuk pembangunan

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membentangkan belanjawan Selangor bagi 2018 dengan peruntukan sebanyak RM3.12 bilion yang menyaksikan 53.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan negeri.

Azmin yang merupakan Timbalan Presiden KEADILAN berkata, belanja pembangunan merangkumi RM1.66 bilion sementara baki RM1.46 bilion diperuntukkan bagi belanja pengurusan meliputi 46.8 peratus.

Menurutny, 2018 adalah tahun keempat berturut-turut pentadbiran Selangor melebihkan belanja pembangunan daripada belanja pengurusan.

“Ini selaras prinsip’ ex ante accountability’ dalam perancangan dan pengurusan belanjawan. Ia bagi memacu ekonomi dan pembangunan yang menjamin kesejahteraan juga kualiti hidup rakyat,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Negeri Selangor hari ini, lapor Selangorkini.

Menurut Azmin, belanjawan ini juga dijangka mengalami defisit RM870 juta kerana kerajaan negeri mengutamakan peruntukan pembangunan negeri yang mustahak.

“Pengalaman tiga belanjawan lalu membuktikan kerajaan negeri melaksanakan perbelanjaan berhemah, perkukuh budaya kerja cekap, berintegriti, tiada pembaziran serta ketirisan.

“Ia berjaya ubah belanjawan defisit kepada belanjawan berimbang dan mengurangkan belanjawan defisit kepada jumlah munasabah,” katanya.

Memetik The Malaysian Insight, Pejabat menteri besar dan sekretariat negeri menerima peruntukan sebanyak RM1.202 bilion, perbendaharaan negeri sebanyak RM2.3 juta, jabatan pertanian negeri sebanyak RM19 juta, jabatan perhutanan negeri RM7 juta dan jabatan kerja raya negeri RM200 juta.

Jabatan pengairan dan saliran negeri menerima RM114 juta, Jabatan Agama Islam Selangor pula menerima RM106 juta, jabatan pembangunan bandar dan luar bandar negeri menerima RM3.08 juta dan perkhidmatan veterinar negeri menerima RM6.6 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70736

Posted by on Nov 3 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE