Serbuan SPRM ke pejabat Ketua Menteri Melaka, Idris Haron mesti jelaskan segera

Saya mengalu-alukan tindakan SPRM membuat serbuan ke atas Pejabat Ketua Menteri Melaka, Seri Negeri petang semalam walaupun masih terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian sama ada “jerung” atau “bilis” yang akan diambil tindakan.

Menurut laporan media, serbuan SPRM itu dibuat sebagai langkah susulan siasatan kes rasuah membabitkan pegawai kerajaan negeri.

shamsul-iskandar-pkrSerbuan SPRM ini bukanlah satu tindakan yang memeranjatkan memandangkan pada 28 November yang lalu seorang pegawai kanan kerajaan negeri telah ditahan oleh SPRM dan akaun berjumlah sebanyak RM23 juta telah dibekukan. Pegawai kerajaan yang ditahan itu dikatakan seorang yang rapat dengan Ketua Menteri. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah berkhidmat bersama dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Ini menimbulkan persoalan sama ada pegawai berkenaan telah melakukan amalan rasuah sejak Ali Rustam menjadi Ketua Menteri sehingga ke hari ini. Apakah ada juga penglibatan pegawai-pegawai atau orang-orang kanan Idris yang lain memandangkan petikan laporan media berkenaan juga melaporkan orang-orang kanan Idris turut disiasat?

Saya mendesak YAB Datuk Seri Utama Idris Haron untuk tampil segera membuat penjelasan secara terperinci mengenai serbuan SPRM ke atas pejabat beliau bagi menangkis persepsi umum bahawa terdapatnya amalan rasuah yang berleluasa sekarang.

KEADILAN Melaka mengajak pegawai-pegawai kerajaan negeri yang berani untuk tampil menjadi “whistleblower” dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan rasuah dan penyelewengan kepada kami.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ahli Parlimen Bukit Katil

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka merangkap Naib Presiden

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69725

Posted by on Jan 10 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE