‘Serius mahu Anwar cepat sembuh? Bebaskan beliau segera’

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley menggesa agar Ketua Umum KEADILAN itu dibebaskan segera jika kerajaan serius mahu beliau segera sembuh daripada pembedahannya.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, Motley yang juga seorang aktivis hak asasi berkata langkah itu wajar memandangkan perdana menteri sendiri mengunjungi Anwar di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berminat meninjau keadaan Anwar apabila menziarahinya. Maka, beliau tentunya akan terus berminat dan saya akan memaklumkan beliau akan perkara ini,” kata Motley.

Motley berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi merayu pembebasan Anwar memandangkan tempoh pemenjaraan Anwar tinggal enam bulan sahaja lagi.

Malah, Anwar yang menjalani pembedahan bahu pada 12 November lalu menanggung kesakitan dan tidak dapat menjalani proses pemulihan tanpa sebarang kekangan.

Beliau dibedah selepas konvoi kereta rombongan yang memindahkannya dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh terlibat kemalangan jalan pada 22 September.

Beliau dalam perjalanan ke penjara selepas mengalami tekanan darah rendah pada 19 September.

Anwar yang kini dipenjarakan selama lima tahun kerana sabitan Fitnah II dijangka bebas seawal Jun 2018.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70851

Posted by on Dec 11 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE