S’gor mahu lebih ramai wanita jalani saringan kanser

Selangor mahu lebih ramai golongan wanita menjalani saringan awal kanser payudara menerusi Inisiatif Peduli Rakyat Skim Kesihatan Wanita.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, saringan awal itu penting bagi mengesan kanser di peringkat awal.

“Di Selangor terutamanya kerajaan negeri sudah menyediakan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada wanita untuk melakukan pengesanan awal terhadap penyakit kanser payudara.

“Namun, kebanyakan wanita kini saya lihat kurang kesedaran untuk pergi membuat rawatan dan dalam tidak sedar mereka sudah menghidap kanser pada tahap merbahaya,” katanya memetik Selangorkini.

Tambahnya, statistik menunjukkan  tidak sampai 50,000 orang menggunakan peruntukan yang disediakan di bawah inisiatif itu.

“Oleh itu, saya berharap wanita di Selangor terutamanya untuk pergi ke Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk memohon pemeriksaan mammogram,” katanya.

Skim Kesihatan Wanita ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ menyediakan pemeriksaan mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas. 

Wanita yang layak adalah mereka yang berumur 35 tahun ke atas yang lahir dan menetap di Selangor.

Mereka yang bukan kelahiran Selangor adalah dikira layak jika telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.

Skim ini menerima peruntukan tahunan sebanyak RM1 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72905

Posted by on Feb 11 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE