Shafee Abdullah terlibat atur lanjutan khidmat Ketua Hakim?

KUALA LUMPUR 11 JULAI: Saudara Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan jawapan apakah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terlibat dalam tindakan terdesak melanjutkan khidmat Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

“Saya telah difahamkan bahawa Shafee terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan Tan Sri Md Raus dan Tan Sri Zulkefli.

“Oleh itu Najib perlu pada kadar segera mengesahkan sama ada perkara ini adalah benar atau tidak.

“Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus,” katanya dalam kenyataan.

AnwarTegas mantan Ketua Pembangkang itu, pengumuman penyambungan perkhidmatan tersebut telah disambut cukup negatif kerana melibatkan persoalan pelanggaran perlembagaan.

Katanya lagi, malah beberapa bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam telah menyatakan penafsiran bahawa ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas,” kata beliau.

Bekas Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee terdahulu mengatakan lanjutan itu jelas melanggar perlembagaan berikutan pelantikan hakim tambahan Mahkamah Persekutuan hanya boleh dilantik daripada kalangan hakim yang sudah bersara.

Sementara itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Aziaxh Wan Ismail berkata, pemimpin Pakatan HarapanĀ akan mengadakan perjumpaan seberapa segera bagi merayu Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja membuat ketetapan berikutan perlanjutan perkhidmatan dua hakim kanan negara ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70215

Posted by on Jul 11 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE