‘Shafee boleh jawab bayaran RM9.5 juta lebih awal’

Kelewatan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjawap dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayarnya RM9.5 juta untuk memenjarakan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Fitnah II menimbulkan persoalan.

Peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan mereka menegaskan bahawa Sarawak Report pertama kali melaporkan perkara itu pada 31 Mei manakala anak guam mereka memfailkan saman berdasarkan tuduhan itu pada pada 9 Jun.

“Oleh itu, Shafee dengan mudah boleh memberi jawapannya sebelum saman itu difailkan. Kelewatan Shafee membuat penafian hanya meninggalkan kita dengan lebih banyak soalan yang tidak berjawab.

“Shafee juga mendakwa beliau mahu mengulas mengenai dakwaan itu lebih awal tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana saman oleh Anwar telah difailkan dan menunggu perbicaraan di mahkamah.

“Ini bukan alasan yang boleh diterima kerana tidak mengulas apa-apa sebelum ini,” kata Surendran dan Latheefa.

Shafee pada Rabu lalu menepis dakwaan bayaran RM9.5 itu sebagai “tidak masuk akal”.

Jawapan tersebut diajukan Shafee selepas berdiam diri sejak beliau diumumkan menerima bayaran tersebut.

Shafee sebelum ini dilantik pada 22 Julai 2013 untuk mengetuai pasukan pendakwaan di Mahkamah Rayuan dan bukan melalui amalan konvensional menggunakan khidmat pendakwaraya awam.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada Fitnah II dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70767

Posted by on Nov 10 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE