Shaharuddin: Dasar luar Najib hanya untuk diri sendiri

Naib Presiden KEADILAN, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin mengkritik dasar luar negara di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang yang jauh berbeza dengan dasar luar sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Menurutnya, Malaysia di bawah Mahathir lantang bersuara terhadap kuasa besar dunia namun di bawah kepimpinan Najib, dasar luar Malaysia tidak jelas sama sekali.

“Di era Dr Mahathir, kita lantang mengkritik dasar imperialisme Amerika Syarikat (AS) termasuk kedudukan AS yang selalu menekan timur dan perluasan kuasa di wilayah timur.

“Tetapi di era Najib, dasar luarnya tak pasti, tiada fokus,tidak pula bersifat hero kerana banyak perkara yang patut dikritik kita tak buat begitu,” katanya memetik SelangorKini.

Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) itu berkata Najib gagal menyatakan pendirian Malaysia dalam pelbagai isu seperti isu Laut China Selatan, kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Sedangkan katanya, negara-negara lain seperti China dan Belanda berani menzahirkan sikap mereka dalam isu MH370.

Katanya lagi, dasar luar Najib hanya bergantung kepada pihak yang lebih banyak memberi kelebihan terhadap kepentingan politik beliau.

“Apabila kita mengharapkan China melabur di Malaysia, maka kita banyak beri ruang dan tidak berani kritik China dan sebagainya,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70528

Posted by on Sep 19 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE