‘Shahrir kena hadap saman, bukan tuduh Harapan’

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa bekas pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad untuk menjawab saman fitnah yang difailkan terhadapnya berkaitan urusniaga tanah organisasi tersebut.

Penolong Setiausaha AMK, Syed Badli Shah Syed Osman berkata Shahrir perlu bertanggungjawab dan bukan menuding jari kepada Pakatan Harapan.

“Shahrir Samad tidak seharusnya menyalahkan pihak lain apabila beliau berdepan saman fitnah yang difailkan oleh syarikat pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB).

“Mereka memfailkan saman tersebut di atas kapasiti peribadi berikutan kenyataan Shahrir berkaitan isu tanah Felda tersebut,” kenyataan beliau dipetik.

Shahrir 4 pada Jun lalu cuba menyalahkan Harapan apabila beliau berdepan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Synergy Promenade Sdn Bhd.

Shahrir disaman Synergy Promenade, sebuah badan korporat yang sepatutnya membantu Felda memajukan projek Kuala Lumpur Vertical City, selepas beliau didakwa membuat kenyataan mengelirukan terhadap syarikat itu antara Disember 2017 hingga Mac tahun ini.

Dakwa Shahrir, beliau disaman kerana “Malaysia baru” yang sehingga kini tiada pengerusi Felda dan menteri bertanggungjawab terhadap Felda.

“Malaysia baru” adalah istilah digunakan pemimpin Harapan selepas menumbangkan  BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei.

“Justeru tindakan Shahrir yang menyelar Pakatan Harapan seolah-olah beliau sedang cuba menutup isu ini yang sedang dihalakan kepadanya. 

“Beliau sepatutnya tampil menjawab saman tersebut dan pertahankan dirinya. Bukan menyelar pihak lain,” kata Syed Shah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71857

Posted by on Jun 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE