Shamsul gantung kakitangan mengaku terlibat video sumbang

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar menggantung tugas Haziq Abdullah Abdul Aziz yang bertugas di kementeriannya dan mengaku terlibat dalam video sumbang tular sejak Selasa lalu.

Pengumuman itu dibuat Shamsul pada satu  sidang media hari ini.

“Di peringkat kementerian, segala proses siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan telah dibuat.

“Beliau digantung daripada melaksanakan tugas-tigas rasmi secara serta-merta,” katanya.

Haziq juga diberikan masa selama tiga hari untuk menjelaskan perkara tersebut secara rasmi.

“Beliau diarah menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari daripada tarikh 12 Jun 2019,” katanya.

Menurut Shamsul, beliau kali terakhir berhubung dengan Haziq pada Selasa lalu memintanya hadir ke kementerian untuk menjelaskan perkara itu.

Kiriman mesej Shamsul bagaimana pun tidak dijawab sehingga hari ini.

Sementara itu, Shamsul berkata beliau turut terkejut dengan tindakan Haziq.

“Pelantikan beliau sebagai staf kementerian berdasarkan penilaian semasa soal jawab sesi temuduga, kelayakan akademik serta pengalaman-pengalaman kerja yang dilihat bersesuaian dengan skop tugasan yang ditawarkan.

“Justeru tindakan beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya sama sekali tidak diduga,” katanya.

Haziq yang bertugas sebagai setiausaha sulit kanan Shamsul mendakwa bertemu Hilman selepas mengaku terlibat dalam video sumbang itu.

Ketua Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari bagaimana pun berkata Haziq yang merupakan ketua AMK cabangnya memaklumkan bahawa individu dalam video fitnah dan video pengakuan itu bukan dirinya.

Azmin juga mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitannya dalam video itu dan menyifatkan ia sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kariernya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73589

Posted by on Jun 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE