Shamsul: Tumpu kepentingan ekonomi negara

Ketua Penerangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa anggota parti agar menumpukan kepada isu melibatkan kepentingan negara seperti isu ekonomi.

Saranan itu dibat anggota Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap timbalan menteri industri utama itu susulan perbincangan di media massa tentang peralihan kepimpinan negara.

“KEADILAN ingin menasihati semua pihak agar menumpukan kepada isu kepentingan negara dan menitikberatkan kepada usaha menyelesaikan permasalahan rakyat terutamanya dalam langkah-langkah segera untuk membaik pulih ekonomi negara.

“KEADILAN juga menggesa semua pihak agar menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pandangan serta menjaga tertib di dalam parti dan juga di antara parti komponen demi menjaga keutuhan Pakatan Harapan,” kenyataan beliau dipetik.

Pada masa sama katanya, KEADILAN berpendirian untuk menghormati persetujuan tentang peralihan kepimpinan yang dipersetujui Harapan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14.

“KEADILAN sudah beberapa kali dengan tegas menyatakan bahawa akan menghormati perjanjian yang telah dipersetujui dan peralihan kepimpinan akan dibuat secara penuh hormat, tertib dan muhibbah serta berlunaskan kepada prinsip dan amalan demokrasi,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74183

Posted by on Oct 23 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE