Sim desak polis dedah harta pengarah JSJ

Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendesak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mengumumkan aset dimiliki Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin.

Menurut pengarah strategi KEADILAN itu, tuduhan terhadap Wan Ahmad susulan akaun banknya dibekukan di Australia tidak boleh dijawab dengan acuh tidak acuh oleh PDRM mahu pun Putrajaya.

“Dalam kes ini, kerajaan Barisan Nasional gagal menunjukkan ketegasan mereka membanteras persepsi negatif terhadap PDRM. Sekadar penafian tidak mencukupi.

“Saya menyeru Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri mengumumkan deklarasi aset daripada Wan Ahmad Najmuddin kepada umum,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.

Akhbar Sydney Morning Herald pada 2 Mac lalu melaporkan wang sebanyk A$320,000 (RM971,800) milik Wan Ahmad dibekukan di Australia kerana disyaki datang dari wang haram yang dicuci atau hasil kegiatan jenayah.

PDRM bagaimana pun cuba membersihkan nama Wan Ahmad dengan mengumumkan bahawa siasatan dalaman mereka mendapati wang itu diperolehi dengan cara yang sah.

Namun, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan sebab di sebalik keengganan Wan Ahmad untuk menuntut wang tersebut melalui mahkamah jika ia datang daripada sumber yang sah.

“Maka tiba masanya, kerajaan Barisan Nasional mematikan isu ini dengan mengumumkan penyata deklarasi aset beliau (Wan Ahmad) kepada umum.

“Ini akan menunjukkan dengan jelas pendapatan, simpanan, pelaburan dan aset beliau.

“Jika berlaku sebarang kekayaan yang luar biasa, ia boleh dikesan dengan mudah,” kata Sim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71416

Posted by on Mar 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE