Sim: Janji 500,000 tapi bina 8,475 rumah

KUALA LUMPUR 10 OGOS: Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin hari ini membidas Putrajaya yang gagal membina rumah mampu milik untuk rakyat seperti dijanjikan pada 2013.

Beliau memetik jawapan bertulis Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengesahkan bahawa hanya 8,475 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) siap dibina sejak penubuhan PR1MA pada 2013.

Sim berkata, pada pilihan raya umum lalu, BN berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 unit PR1MA.

“Tetapi jawapan yang saya terima itu mengejutkan,” kata Pengarah Strategi KEADILAN itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini, lapor Malaysiakini.

Daripada 8,475 unit yang disiapkan itu, hanya 934 kunci diserahkan kepada pemilik masing-masing, kata Sim memetik jawapan bertulis itu selanjutnya.

“Kerajaan tidak berbuat apa-apa, mereka gagal dan tidak dapat menunaikan perkara yang dijanjikan, inilah BN,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70365

Posted by on Aug 10 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE