Sim: Putrajaya mahu monopoli berita palsukah?

Anggota Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mempersoalkan jika kerajaan berhasrat memonopoli berita palsu di bawah undang-undang baru yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata demikian sewaktu menyoal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam ucapan penggulungan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau berita dari luar negara ini yang mempunyai kredibiliti yang panjang, tetapi kerajaan kata ini semua fake news.

“Jadi adakah kerajaan mempunyai monopoli terhadap berita palsu? Kerajaan akan tentukan ini berita palsu, (sedangkan) ini adalah berita sebenarnya,” kata Sim.

Azalina sebelum ini berkata draf rang undang-undang antiberita palsu itu diluluskan oleh jemaah menteri semalam.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari semalam juga mengumumkan bahawa segala maklumat berkaitan dengan 1MDB yang tidak disahkan Putrajaya dianggap sebagai berita palsu.

Usaha-usaha ini merupakan percubaan bersepadu kerajaan untuk mengawal berita berkaitan 1MDB menjelang pilihan raya umum ke-14.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71498

Posted by on Mar 22 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE