Singkir peneroka: Mahkamah tolak penyingkiran Felda

(Darwish Zainal)

SEREMBAN: Penderitaan seorang peneroka dari Felda Palong 9 sejak 13 April tahun lalu berakhir  apabila Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Zulkifli Bakar memutuskan saman pemula yang dikemukakan oleh Felda untuk menyingkirkan seorang peneroka Che Hashim Che Long ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.

Menurut peguam T. Kumar yang juga Naib Ketua Keadilan Jempol yang mewakili Che Hashim, alasan Felda untuk menyingkirkan Che Hashim ialah kerana anak Che Hashim telah mencederakan Pengurus Felda Palong 9 dalam satu pertengkaran di dalam kebun Che Hashim berhubung penjualan hasil getah di kebun tersebut.

“Justeru itu Felda menguatkuasakan perintah tersebut dimahkamah.Walau bagaimanapun hakim memutuskan untuk menolak saman pemula dengan kos RM5,000 atas alasan perintah yang dikeluarkan untuk menyingkir Che Hashim tidak mematuhi seksyen 22 Akta GSA 1960 dan Felda tidak boleh menggunakan Aku Janji sebagai asas pengusiran.

“Selain daripada itu Felda juga gagal mengemukakan notis kepada defendan (Che Hashim) sebelum perintah pengusiran dikeluarkan dan ini menafikan hak-hak defendan di bawah prinsip Undang-Undang Semulajadi”, kata Kumar yang juga Timbalan Setiausaha Agung Keadilan.

Sementara itu suasana hiba menyelubungi di luar mahkamah selepas hakim mengumumkan keputusan tersebut apabila Che Hashim yang tidak dapat menahan perasaan beliau apabila menangis secara terbuka dan memeluk isteri beliau Mazilah Mahat dan sahabat yang datang menyokong beliau. Beberapa sahabat Che Hashim juga kelihatan tidak mampu menahan kesedihan dan kelihatan turut menangis dan sebak.

Apabila ditemui Suara Keadilan, Che Hashim berkata sebenarnya penderitaan beliau bermula sejak Oktober 2000 apabila pengurusan Felda Palong 9 enggan menerima hasil getah beliau dan pada ketika itu sendiri pengurusan Felda cuba mengusir beliau atas alasan beliau tidak menetap di Felda Palong 9.

“Tetapi sebenarnya saya bekerja di luar Felda dan berulang alik ke rumah di Felda Palong 9 dan pada awal 2007 barulah mereka (Felda) menerima balik hasil saya.

“Selepas itu sedia maklum pada 13 April tahun lalu, Felda mengeluarkan perintah mengusir dan saya melalui kesukaran hidup dan trauma yang amat sangat kerana tindakan Felda ini. Alhamdullillah penderitaan saya dan isteri bersama anak-anak kami berkahir pada hari ini. Saya amat berterima kasih kepada barisan peguam yang mempertahankan hak saya pada hari ini”, kata Che Hashim sambil mengesat air mata.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17721

Posted by on Jul 28 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE