Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melaka 7 Mac (Khamis)
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan siri jelajahnya ke Melaka pada 7 Mac ini.
Beliau dijadualkan menyampaikan ceramah perdana pertama di negeri itu jam 7.30 petang hingga 12.00 tengah malam di Kampong Permai, Machap Umboo, Alor Gajah.
Seterusnya bagi siri ceramah kedua, beliau akan menyampikannya di Kampong Bukit Katil bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Manakala kemuncak bagi ceramahnya di negeri itu, Anwar akan bergandingan dengan bekas-bekas Panglima Angkatan Tentera bagi menyampikan ceramah bersama yang diadakan di PASTI, Taman Terendak Permai, Sungai Udang bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Barisan penceramah yang akan menyampaikan ceramah pada malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chuah, Chai Tong Chai, Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46541






