Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke P Pinang 5 April (Jumaat)

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan meneruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat ke Pulau Pinang.

Dalam siri jelajah itu beliau dijadualkan solat Jumaat di Masjid Sama Gagah, Bukit Mertajam.

DSAI_PPR_SentulSeterusnya, beliau akan hadir dalam program Sepetang Bersama Anwar Ibrahim bermula jam 5.30 petang di Markas Besar Pakatan Rakyat Permatang Pauh (Berhadapan Masjid Kubang Semang).

Pada jam 7 malam pula Anwar akan menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Masjid Mengkuang Semarak, Penanti.

Bagi meneruskan programnya, Ketua Pembangkang itu akan menyampaikan ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat di Akira Tenggiri, Seberang Jaya, (Tapak Bola Keranjang Tenggiri) jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Acara kemuncak pada malam itu Anwar akan menyampikan ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Sepuloh Kongsi, Batu Maung jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Osman, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man, Adun Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim dan Adun Pulau Jerejak, Sim Tse Tzin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49285

Posted by on Apr 5 2013. Filed under AKTIVITI & CERAMAH. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google