Skim pinjaman kecil Selangor bantu 47,000 usahawan

Skim pinjaman kecil Selangor yang dikenali sebagai sebagai skim mikrokredit Hijrah telah berjaya membantu lebih 47,000 orang usahawan sehingga Disember 2017.

Kejayaan tersebut diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

“Kerajaan Negeri melaksanakan dengan jayanya skim mikrokredit Hijrah dengan modal pusingan RM100 juta untuk mengupayakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana keluar daripada cengkaman kemiskinan yang mereka alami selama puluhan tahun.

“Setakat ini seramai 47,761 peserta mendapat manfaat daripada program ini dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM330 juta,” katanya dalam Konvensyen dan Anugerah Usahawan Selangor 2017 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Timbalan Presiden KEADILAN itu juga gembira kerana program menerusi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) itu juga berjaya melatih usahawan berkenaan dalam aspek pemasaran produk mereka.

“Keadaan ekonomi negara semakin mencabar ketika ini dan sebagai kerajaan peduli, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah proaktif dengan memberi penekanan kepada usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi lebih rancak dan mampan sebagai jaminan masa depan lebih cemerlang.

“Usahawan perlu lebih kreatif dan berinovasi memenuhi citarasa pengguna kerana trend masa kini terhadap produk dan perkhidmatan semakin canggih kerana mereka memerlukan perkhidmatan lebih efesien dan pantas, katanya, lapor SelangorKini.

Turut hadir pada program tersebut adalah Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Ushawan, Amirudin Shari serta Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Dr Mansor Othman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70821

Posted by on Dec 4 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE