SKMM, Numera diperintah jawab saman Fahmi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat keselamatan data, Numera Sdn Bhd diperintah untuk memfailkan jawapan terhadap saman sivil Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil terhadap mereka berhubung kebocoran data.

Hakim Harmi Thamri Mohamad semalam menetapkan pengurusan kes pada 22 Mac depan.

Fahmi sebelum ini memfailkan saman terhadap SKMM dan Numera berhubung kebocoran data 42.6 juta pelanggan.

Saman itu difailkan bagi mendapatkan penjelasan daripada dua organisasi itu berhubung kebocoran tersebut dan langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kejadian sama.

Kebocoran tersebut berlaku antara 2012 hingga 2015 namun hanya diketahui orang ramai pada Oktober 2017.

Numera adalah kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja menyekat talian telefon dengan menyahaktifkan kod 15 digit dikenali sebagai Mobile Station Equipment Identity (MSEI).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71418

Posted by on Mar 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE