Proses pemutihan PATI, usaha Umno-BN seludup pengundi

(Oleh: Sidiqin Omar)

 

PETALING JAYA:  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P, dedah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing tersebut, yang menunjukkan terdapat usaha menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program berkenaan.

“Bukti-bukti dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu . Ini mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno-BN sedang menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, di Tropicana hari ini.

Turut hadir Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI  menyokong dan mengundi Umno-BN, selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”

“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia  kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”

“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara  ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Beliau mencabar parti komponen Barisan Nasional sepetu MCA, MIC, Gerakan dan PBS untuk menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi hantu menggunakan alasan pemutihan.

“Jika mereka berdiam diri bermakna mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara. Muslihat Umno-BN akan tersebar luas dan menaikkan lagi kemkarahan rakyat,” tegas Zuraida.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18895

Posted by on Aug 16 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE