S’ngor bina lebih 6,000 rumah kos rendah tepis politik murahan

SHAH ALAM 30 Oktober: Kerajaan Selangor sehingga tahun ini berjaya menyiapkan lebih 6,000 unit rumah kos rendah sejak mengambil alih pemerintahan pada 2008 bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah tersebut tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Gambar hiasan

“Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling, Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

“Keseluruhan berjumlah 6,000 buah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar berkata, sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan iaitu bagi daerah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Katanya, bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).

Tambah beliau, terdapat banyak lagi projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan di negeri itu berjumlah 1,682 meliputi projek di Bandar Baru Bangi, Sungai Long Kajang, dan Bukit Botak Selayang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka itu berkata, fakta tersebut sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Selangor mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

“Cara yang terbaik bagi kerajaan negeri untuk menjawab tohmahan ini adalah melalui fakta. Kerajaan negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ternyata ia tidak benar.

“Kegagalan menarik balik dakwaan ini mengesahkan bahawa mereka mengamalkan politik murahan yang tidak berdasarkan fakta sebenar tetapi fakta-fakta ciptaan mereka semata-mata,” kata Iskandar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38592

Posted by on Oct 30 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE