Speaker Dewan Rakyat diumum dalam masa terdekat

Nama calon Yang Dipertua Dewan Rakyat akan diumumkan dalam waktu terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam sepakat untuk menamakan hanya satu nama bagi jawatan itu.

“Perdana Menteri akan mengeluarkan calon Speaker yang telah terpilih, mungkin hari ini atau esok perdana menteri akan umum,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, The Star melaporkan anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka menjadi speaker baru Dewan Rakyat.

Nama anggota parlimen veteran KEADILAN itu dilaporkan muncul pada mesyuarat Pakatan Harapan Isnin lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71992

Posted by on Jul 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE