Speaker pilihan Pakatan untuk pulih imej parlimen- Anwar

Oleh: Mohd Arif Juhaini

 

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, bertujuan untuk memulihkan integriti parlimen.

Anwar PCBerdasarkan rekod, katanya, Pakatan percaya bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu mampu menjalankan tugas dengan lebih bebas dan menghormati lunas perlembagaan.

“Ini satu gambaran bagaimana Pakatan mahu memulihkan imej prestasi parlimen supaya tidak menjadi gelanggang yang hanya memihak kepada satu pandangan.

“Sebab itu kita usulkan Kadir walaupun beliau tidak menjadi anggota parti dalam Pakatan,” ujar Ketua Parlimen Pakatan Rakyat itu dalam sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat Pas, hari ini.

Pakatan Sebelum ini sebulat suara memilih Kadir yang juga pernah menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan Kes Kematian Teoh Beng Hock dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai speaker dewan.

Anwar berkata, Pakatan turut memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai timbalan speaker, memandangkan terdapat dua kekosongan jawatan itu.

“Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat,” jelas Ketua Umum KEADILAN itu.

Sementara itu, katanya, Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen pada 23 Jun nanti di Hotel De Palma, Ampang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri Besar Selangor, Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53568

Posted by on Jun 20 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE