SPR akui wujud pengundi hantu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kewujudan pengundi hantu dalam sistem pilihan raya di negara ini, khususnya dalam kes melibatkan rumah ibu kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Pada satu kenyataan media, Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar ke alamat rumah Ahli Parlimen Gombak itu.

Mengikut Malaysiakini, Kamaruddin berkata, lima keturunan Cina dan seorang Melayu didaftar di alamat rumah Azmin dan mengakui senario itu berlaku di kawasan lain.

Mengakui SPR memiliki bidang kuasa terhad bagi mengatasi masalah itu, beliau meminta pengundi hantu di rumah Azmin dan kawasan lain supaya membuat penukaran alamat yang dipercayai berdasarkan alamat kad pengenalan.

Sebelum ini, Azmin berdasarkan senarai pemilih yang diwarta 13 Mei 2011, mendapati rumah ibunya yang tinggal berseorangan, turut didiami 11 pengundi termasuk lima orang Cina.

Selain rumah beliau, 45 pengundi hantu juga didaftar di alamat rumah orang lain di sekitar kawasan kediaman ibunya.

Azmin pada Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN Sabtu lalu, mencabar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan dalam tempoh 48 jam jika beliau berjaya membuktikan wujud penipuan pendaftar pemilih tetapi Wan Ahmad sehingga kini gagal berbuat demikian, malah memberi bermacam-macam alasan rapuh.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15931

Posted by on Jun 25 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google