SPRM sahkan Isa Samad suspek rasuah pembelian hotel

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad adalah seorang suspek dalam kes pembelian dua hotel oleh anak syarikat agensi kerajaan itu, Felda Investment Corperation Sdn Bhd (FIC).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki berkata individu yang ditahan dan direman adalah seorang yang sedang disiasat.

“Jika kamu ditangkap atas sebab sesuatu dan majistret membenarkan reman, bermakna seseorang itu di bawah siasatan.

“Tentulah seseorang itu jika ditahan, dia adalah suspek (SPRM),” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Isa yang pernah menjadi naib presiden Umno ditahan sewaktu hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi antirasuah terbabit di Putrajaya pada 15 Ogos lalu.

Sehari kemudian SPRM memohon kebenaran mahkamah untuk menahan reman Isa selama lima hari.

Sejak ditahan SPRM membuat serbuan di rumah serta pejabat Isa, dan merampas wang bernilai RM100,000.

Isa, 67, pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan selama 22 tahun di antara April 1982 hingga Mac 2004.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70401

Posted by on Aug 21 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE