SPRM sahkan transaksi, akaun milik Azmin tidak wujud

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dakwaan pemindahan dana sebanyak AS$741,440 atau RM3.1 juta daripada UEM Group Bhd kepada akaun Azmin Ali, tidak pernah berlaku.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki berkata siasatan SPRM mendapati akaun-akaun yang didakwa terlibat dalam transaksi tersebut juga tidak wujud.

“Malah pihak UEM dan Maybank juga telah membuat kenyataan berhubung perkara itu,” kata Azam kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 11 Jun lalu, aktivis pro-Umno, Lokman Noor Adam membuat laporan SPRM bagi meminta agensi itu menyiasat fitnah pemindahan dana tersebut yang berlaku serentak dengan pengedaran video sumbang.

UEM dalam reaksi segeranya menafikan mempunyai akaun bank dengan Maybank seperti didakwa dalam sebaran tersebut.

Maybank juga mengesahkan bahawa dokumen bank yang tular itu palsu.

Mengulas lanjut, Azam berkata siasatan SPRM juga mendedahkan tidak wujud akaun bank Deutsche didaftarkan dengan nama Azmin yang didakwa dibuka pada 2012.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73673

Posted by on Jun 26 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE