SPRM serbu rumah kedua pemimpin kanan Umno

KUALA LUMPUR 17 OGOS: Kediaman bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad di Nilai, Negeri Sembilan diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat petang semalam.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali dan bertugas di kawasan perumahannya, tiga buah kenderaan SPRM tiba di kediaman Isa kira-kira pukul 4.30 petang dan pulang kira-kira dua jam kemudian, lapor Bernama.

Serbuan itu difahamkan untuk mendapatkan fail-fail serta dokumen berkaitan kes yang sedang disiasat.

Tinjauan Bernama di sekitar rumah Isa mendapati kawalan ketat dilakukan pengawal keselamatan  dan pihak media yang berkumpul di situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan rumahnya.

Semalam, Isa ditahan SPRM selepas hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.

Rumah bekas naib presiden Umno di Selangor itu turut diserbu semalam

Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan pengesahan berhubung serbuan itu dari pihak SPRM, gagal.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70393

Posted by on Aug 17 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE