Streram cabar seteru jelaskan dakwaan miliki rumah agam

Calon Pakatan Harapan Dr Streram Sinnasamy hari ini mencabar calon BN Mohamad Hasan untuk menjelaskan dakwaan memiliki rumah banglo dengan seni bina rumah Minangkabau di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Streram melontarkan cabaran itu selepas Mohamad sebelum ini mendakwa ‘terlupa’ membeli rumah di Seremban sebaliknya memindahkan wang RM10 juta ke London untuk membeli apartmen di sana.

“Saya bukan tuduh ‘rumah Minangkabau’ itu milik Tok Mat. Tapi, saya telah melihat video klip dan gambar rumah itu diviralkan dalam WhatsApp yang mendakwa rumah Tok Mat (Mohamad Hasan).

“Jadi, saya rasa adalah lebih baik sekiranya Tok Mat tampil memberi penjelasan dan membetulkan kedaan ekoran tercetus tuduhan mengenai rumah itu,” katanya kepada pemberita di Pekan Kuala Sawah, Rantau hari ini.

Isu rumah Mohamad menjadi tumpuan selepas beliau menyatakan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan kediaman rasmi selepas BN kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Mohamad pada masa itu mendakwa tidak memiliki rumah lain di Seremban.

Namun, beliau kemudian didedahkan pernah menghantar wang RM10 juta ke UK untuk membeli apartmen di sana.

Mohamad kemudian mengubah ceritanya dan mendakwa beliau bukannya tiada rumah selepas kalah PRU14 tetapi “tiada tempat untuk dituju”.

Susulan kenyataan Mohamad itu, tular beberapa gambar dan video di media sosial mendakwa penyandang Adun Rantau itu memiliki banglo di Seremban 2.

Banglo tersebut yang dikatakan bernilai hampir RM6 juta itu terletak di Saujana Duta, Seremban 2.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73269

Posted by on Apr 9 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE