Suara Keadilan terbit lagi dengan berita hangat

BRICKFIELDS: Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) edisi tidak berkala, Suara Keadilan 4,  muncul lagi dengan membawa pelbagai kupasan isu semasa dan pendedahan menarik.

Ia termasuk perincian proses perbicaraan kes Fitnah II yang menonjolkan berbagai-bagai kecelaruan dan kejelekan keterangan saksi pendakwa raya, meliputi lima halaman penuh.

Suara Keadilan kali ini mendedahkan muslihat di sebalik penurunan kadar tol Lebuh raya Pantai Baru (NPE), selain pendedahan kontrak minyak yang dibolot tiga kroni Umno Barisan Nasional (BN).

Malah, akhbar ini turut memuatkan wawancara bersama wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari yang juga Presiden NUJ sebanyak dua halaman penuh.

Seperti biasa, pelbagai kenyataan media, aktiviti kepartian dari pimpinan tertinggi hingga peringkat akar umbi baik peringkat cabang mahupun ranting, turut termuat dalam akhbar ini.

Dapatkan Suara Keadilan 4 di lokasi terpilih. Untuk langganan, hubungi 03-22724045.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7376

Posted by on Feb 22 2011. Filed under AKTIVITI & CERAMAH. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google