Sultan Brunei terima menghadap Azmin

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam berkenan menerima menghadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-73.

Azmin yang juga timbalan presiden KEADILAN menyifatkan pertemuan tersebut sebagai produktif sambil melahirkan keyakinan bahawa hubungan erat antara Brunei dan Malaysia terus kekal utuh.

“Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas perkenan menerima patik menghadap sempena Hari Keputeraan Yang Ke-73. InsyaAllah, hubungan erat Brunei dan Malaysia kekal utuh dan membawa kemakmuran kepada semua rakyat,” kata Azmin.

“Ya Allah, lanjutkan usia Baginda Sultan, kekal qarar memerintah negara,” kata Azmin yang mewakili kerajaan Malaysia pada upacara itu.

Azmin turut memuat naik melalui Twitter gambar beliau bersama Sultan Brunei.

Beliau bersama isteri, Shamshida Taharin turut menghadiri Majlis Istiadat Menghadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73768

Posted by on Jul 16 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE