Supol Azmin buat laporan qazaf

Satu laporan qazaf akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Putrajaya pagi ini susulan penularan video pengakuan kelakuan sumbang seorang pemimpin belia semalam.

Setiausaha politik kepada menteri hal ehwal ekonomi, Hilman Idham akan membuat laporan itu selepas selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang mengaitkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali itu.

Qazaf atau perbuatan melemparkan tuduhan zina adalah satu kesalahan syariah.

“Esok InsyaAllah jam 10 pagi, satu laporan polis akan dibuat terhadap satu pengakuan jenayah oleh seorang pemuda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Kemudian, satu laporan qazaf juga akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Putrajaya,” katanya selepas majlis solat hajat dan bacaan Yassin di kediaman menteri besar Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Majlis berkenaan disertai Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon serta beberapa pimpinan KEADILAN yang lain.

Awal pagi semalam, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz menerusi muatnaik video di Facebook mengaku dirinya adalah salah seorang individu dalam video fitnah itu.

Ketua Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari bagaimana pun berkata Haziq memaklumkan bahwa individu dalam video fitnah dan video pengakuan itu bukan dirinya.

Azmin juga mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitannya dalam video itu dan menyifatkan ia sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kariernya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73580

Posted by on Jun 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE