Syabas dingatkan tidak guna taktik kotor putuskan bekalan air – Zuraida

Sekali lagi kawasan Ampang dan Gombak telah dilanda krisis air sejak lebih 24jam yang lalu berikutan paip pecah di kawasan Batu Caves seperti yang dilaporkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semalam. Berikutan itu, lebih 65,000 penduduk di Wilayah Gombak termasuk Ampang putus bekalan air dan dijangka berlarutan selama lima hari.

ZURAIDASaya berharap bahawa permasalahan air ini benar-benar berlaku dan ia bukanlah satu taktik kotor BN Umno di bantu Syabas untuk memburukkan kerajaan Selangor dengan memainkan isu air di Ampang dan Gombak. Saya pernah mengeluarkan kenyataan media awal tahun ini bahawa perkara ini akan berulang apabila tarikh pilihan raya semakin dekat.

Alasan seperti paip pecah, rumah pam rosak dan sebagainya tidak timbul jika pihak Syabas membuat pemeriksaan berkala serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan betul. Sebagai syarikat swasta Syabas patut malu kerana sering dilanda masalah kerosakan dan sebagainya kerana ini membuktikan ia hanya mengaut untung dari rakyat tetapi tidak menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Pihak saya akan menjalankan siasatan tentang isu ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika kami dapati Syabas main kotor. Sementara itu saya telah pun mengerah ahli-ahli majlis kawasan terlibat memantau kawasan terbabit dan memastikan lori tangki serta tangki-tangki statik di bekalkan dengan air bersih untuk meringankan beban pengguna di kawasan Ampang.

ZURAIDA KAMARUDDIN

AHLI PARLIMEN AMPANG

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50068

Posted by on Apr 12 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google