Syed Ibrahim: Rafizi dipenjara tapi lembu tetap mahal

Ketua Penerangan KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh kesal dengan hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan ke atas Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) baru-baru ini.

Menurutnya, Naib Presiden KEADILAN itu dihukum ketika jutaan rakyat Malaysia menanggung beban akibat kegagalan NFC yang sehingga kini masih terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang.

“Harga daging lembu semakin mahal dan kebelakangan ini banyak keluarga tidak mampu pun untuk menikmati daging lembu.

“Lebih malang, sebahagian besar daripada dana awam bernilai RM250 juta hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, hukuman ini menghantar mesej yang salah kepada orang ramai yang sekarang akan takut untuk mendedahkan sebarang skandal.

Ini kerana Rafizi kini berdepan dengan ketidakadilan yang nyata daripada pendedahannya sebelum ini.

“Rafizi tidak mengambil satu sen pun wang rakyat sebaliknya hanya melaksanakan amanah.

“Pada masa sama tiada seorang pun daripada mereka yang terlibat dengan skandal NFC (National Feedlot Corporation Sdn Bhd) dihadapkan ke muka pengadilan.

“Yang didakwa ialah pemberi maklumat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi bersama Johari Mohamad, seorang kerani bank dihukum penjara 30 bulan kerana mendedahkan kedudukan akaun syarikat akaun NFC yang membabitkan Datuk Seri Mohd Salleh Ismail iaitu suami Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71333

Posted by on Feb 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE