Tahan tanpa bicara, Sosma jelmaan semula ISA – Dr Syed Husin

anti-isaKUALA LUMPUR 5 MEI: Senator Dr Syed Husin Ali berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) adalah jelmaaan semula undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli biro politik KEADILAN itu berkata, beberapa bahagian dari ISA dimasukkan ke dalam Sosma, dengan jaminan bahwa undang-undang baru itu tidak akan digunakan untuk menahan seseorang atas dasar keyakinan politik mereka.

Namun, kata Syed Husin, jaminan itu hanya helah pemerintah berikutan penangkapan terbaru melibatkan aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), lapor Malaysiakini.

Saiden Muslimin Ismail, 24, ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) minggu lalu oleh Polis Bahagian Anti-Keganasan, Cawangan Khas, Bukit Aman.

“Sejauh yang kami tahu, Saiden adalah tahanan politik dan bukan ancaman keamanan. Oleh itu dia tidak boleh ditahan di bawah Sosma.

“Kita tidak pasti sama ada apa yang dikatakan polis tentang suspek yang ditahan ini dan jaringan mereka merencanakan tindakan ganas.

“Kedua, kita jangan lupa persetujuan ramai bahawa penahanan seseorang tanpa bicara adalah pelanggaran dan demokrasi tidak dipatuhi,” katanya.

Justeru, bekas tahanan ISA itu menjelaskan, hasrat sebenar pemansuhan memansuhkan undang-undang tahan tanpa bicara seperti diumumkan PM Najib Razak pada 2012 tidak memberi sebarang makna.

Syed Husin mengingatkan untuk waspada terhadap sebarang Akta khususnya berkaitan keselamatan, kerana muslihat menahan seseorang tanpa bicara boleh dibuat melalui undang-undang.

Dalam pada itu kata Dr Syed Husin, pengikut aliran tertentu dalam suatu ajaran sentiasa ada, namun persoalannya apakah mereka ini terlibat dengan aktiviti pemberontakan atau hanya dianggap ajaran yang menyimpang.

“Kalau pemberontak, mereka adalah ancaman keselamatan. Tetapi jika hanya ‘sesat’, mereka harus diizinkan dalam ruang demokrasi untuk disanggah melalui hujah dan debat.

“Bukan dengan tekanan melalui penahanan tanpa bicara,” kata Dr Syed Husin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61288

Posted by on May 5 2014. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE