Tahanan ISA hanya dibebas apabila mahu fail Habeas Corpus

Dua orang tahanan ISA iaitu Shamsuddin Alik dan Mohd Sarail Osman dibebaskan pada 19 November, jam 10 malam.

Maklumat ini diperolehi melalui mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh Shamsuddin kepada Peguam GMI, Fadiah Nadwa dan Sivamalar.

Pembebasan terbaru ini menjadikan jumlah baki tahanan seramai 27 orang yang terdiri daripada 10 orang rakyat malaysia, seorang warga Pakistan, 6 orang warga Sri Lanka, 2 orang warga India, 2 orang warga Iraq, 2 orang warga Indonesia, seorang warga Bangladesh dan seorang warga Filipina.

Shamsuddin dan Sarail ditahan di Tawau pada 15 November 2011 atas tuduhan terlibat dengan kegiatan terorisme. Sekiranya dirujuk kepada perintah tahanan, mereka hanya akan dibebaskan pada Januari 2014.

Namun pembebasan awal ini menunjukkan perintah tahanan adalah sesuatu yang boleh dirombak mengikut arahan Menteri Dalam Negeri.

Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) yang menyebutkan sebarang perintah tahanan yang dikeluarkan di bawah ISA akan terus berkuatkuasa sehinggalah dibatalkan oleh Menteri.

Pembebasan ini juga dipercayai dilakukan bagi menyelamatkan imej Kerajaan ekoran kesediaan Shamsuddin dan Sarail untuk memfailkan Habeas Corpus bagi mencabar penahanan mereka.

Mereka menyatakan kesediaan tersebut selepas mendapat saranan Peguam untuk berbuat demikian.

GMI juga ingin mempersoalkan rasional Menteri Dalam Negeri yang masih enggan membebaskan baki tahanan yang lain. Pada hemat GMI, Menteri Dalam Negeri seperti ingin menunjukkan kuasa yang dimiliki beliau dengan melakukan pembebasan secara arbitrari.

Dalam masa yang sama, Menteri Dalam Negeri juga masih gagal memberi respon terperinci mengenai kayu ukur yang digunakan untuk menilai samada seorang tahanan itu boleh dibebaskan atau tidak.

Sekian.

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi GMI

Syukri Razab
Penyelaras Suaram
Sekretariat GMI

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39825

Posted by on Nov 21 2012. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google