Taman Jurassic Park RM200 juta tambah beban hutang k’jaan Melaka

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 27 FEB: Rancangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam membina Taman Jurassic Park akan menambah bebanan hutang kerajaan negeri sedia ada berjumlah RM900 juta, kata Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Ini satu lagi projek yang tidak melalui proses kajian mendalam dan bakal menyaksikan Melaka menambah bebanan hutang kepada kerajaan Persekutuan yang kini berjumlah RM900 juta,” katanay ketika dihubungi.

dinosaurAhad lalu, Ali mengumumkan pembinaan taman binatang purba ala Jurassic Park itu bermula Mac ini dan dijangka siap dua tahun lagi dengan melibatkan kos RM200 juta.

Taman berkeluasan 12 hektar itu adalah hasil pemeteraian perjanjian antara kerajaan negeri melalui Yayasan Melaka dengan Eden Incorporation Berhad dan akan dibina di atas Dataran 1Malaysia.

“Ali Rustam terkenal dengan ideanya yang ‘buat dahulu kemudian baru tengok kewajarannya’. Disebabkan itu banyak projek-projek dibangunkan beliau sebelum ini gagal,” kata Shamsul mengulas perkara itu.

“Lihat saja Eye on Malaysia yang menemui kegagalan dan terpaksa dipulangkan balik. Muzium Kereta (Muzium Pengangkutan Melaka) yang kini hanya tinggal empat kereta saja. Begitu juga bas bertingkat yang mahu tiru kota London, sekarang tak tahu di mana, malah monorel yang beliau sendiri akui sudah 27 kali rosak,” jelas Shamsul.

Shamsul-IskandarMenurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu lagi, pembinaan taman itu bukanlah cadangan yang tepat untuk meningkatkan kadar pelancongan di Melaka.

“Ketua Menteri sepatutnya fokus kepada nilai-nilai sejarah yang sinonim dengan Melaka. Bukan menghapuskan kesan-kesan sedia ada seperti yang beliau lakukan terhadap Dataran Pahlawan yang kini dibina pusat beli-belah,” bidasnya.

“Justeru kita desak Ali Rustam kaji semula pembinaan taman membazir itu, sebaliknya bina semula identiti Melaka yang tiada seumpama itu di mana-mana negara lain,” katanya.

Tugu 1Malaysia dibina di tapak Dataran 1Malaysia, lokasi Taman Jurassic Park.

Tugu 1Malaysia dibina di tapak Dataran 1Malaysia, lokasi Taman Jurassic Park.

Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang akan turut menempatkan Melaka Sea World di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar, selain membina projek-projek lain termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46082

Posted by on Feb 27 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google