Tentera Malaysia serang penceroboh Sulu, 4 letupan bom kedengaran

SABAH 5 MAC: Sehari selepas Pakatan Rakyat mengesyor sidang meja bulat diadakan bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu keselamatan negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengerah tentera Malaysia melakukan serangan.

Namun, serangan yang dilancarkan di Kampung Tanduo, Lahad DatuĀ  jam 7 pagi tadiĀ  hanya dibuat selepas kumpulan penceroboh bersenjata dari Sulu itu dibiar berada di negara ini selama dua minggu dan setelah lapan anggota keselamatan termasuk polis, terkorban.

Dilaporkan, beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan berkenaan.

Sejak jam 7 pagi, empat bunyi bom kedengaran dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Keadilan Daily mendoakan kejayaan dan keselamatan buat semua anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terlibat dalam mempertahan kedaulatan tanah air.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46436

Posted by on Mar 5 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google